Just because I'm quiet, doesn't mean I don't have anything to say. I judge people easily from my first impression. I'd rather wait forever for the perfect perfect guys than settled with anybody. I'm unpredictable. I try to be forgiving. I enjoy being unique. I'd rather look immature and have fun then care what other people think. sometimes I really confident, other times I feel very insecure. My friends mean everything to me. I envy people who can fit in so easily without even trying. I'm opinionated and stubborn. But I'm loyal, sincere and caring. I always try to see the best in you, even if you annoy me. I hate when people make me feel guilty to get their way.

Tuesday, August 27

Kerjasama ?

Ini sekadar aku mahu meluahkan perasaan aku pada masa ni. Sebab aku tengah rasa macam bengang sedikit so aku nak bagilah sedikit sebanyak nasihat kepada masyarakat yang lain supaya anda tidak mengulanginya lagi di masa akan datang.

Kita selalu dengar dan ajuk lagu Wonderpets 'Apa yang penting? Kerjasama!' Tapi hakikatnya itu hanya kata kata manis di bibir semata. Kerjasama sangat penting dalam kerja berkumpulan, seperti yang anda semua sedia maklum. Jadi sebagai anggota kumpulan, kita patut bertanggungjawab atas peranan masing-masing. Kalau peranan kita sendiri pun kita tak tahu, jangan nak expect semua kita nak buat jadi perfect sangatlah!

Ada orang kata 'What you give, you get back'. Aku taknak hurai panjang panjang pasal ni cuma nak ingatkan je, hidup kita ni macam roda. Kejap kat atas kejap kat bawah. Kita ni hidup bukan berseorangan. Kita hidup bermasyarakat. So kena sentiasa prihatin jugak pasal orang sekeliling. Jangan syik nak pikir senang diri sendiri je.

"Asal aku lepas sudahlah"

"Itu dia punya pasal, so dia settlekan sendirilah"

Hei kau fikir kau hidup lama sangat ke kat dunia ni? Kau tak perlukan orang lain ke dalam hidup kau? Memang dah cukup eh kau hidup berseorangan je? Habis cuba fikir balik. kalau kau seorang, nanti siapa nak tegur apa apa kesalahan yang kau buat? Siapa nak teman kau saat sakaratulmaut datang menjemput? Siapa nak tolong ajarkan kau lafaz Syahadah saat nyawa kau di kerongkong? Siapa nak mandikan mayat kau, kafan kan kau, kebumikan kau? Memang kau boleh kata apa aku kisah? Kubur nanti lain lain. Ye, sebab kubur tu lain lain lah aku ingatkan kau ni. Aku taknak kau menyesal apabila semuanya dah terlambat.

Mato ada cakap, masa silam kau boleh jadi masa depan seseorang. Kita takkan tahu. Tapi apa yang kita patut buat adalah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT yang kita dapat harini. Sentiasa perbaiki diri supaya harini lebih baik daripada hari semalam. Tak susah pun nak buat semua tu. Kan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tepuk dada tanya akal :D



No comments:

Post a Comment